'Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami'

Iklan

KISAH pergolakan rumah tangga pelakon dan pengacara, Fizo Omar terus diperkatakan apabila kedua-dua memilih pendekatan untuk berdiam diri.

Pelbagai spekulasi bertebaran mengenai rumah tangga pasangan ini, apatah lagi Mawar dikatakan sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

Fizo menerusi laman Insatgram hari ini memohon maaf kepada pihak media dan rakan-rakannya kerana tidak dapat menjawab tentang persoalan tersebut buat ketika ini.

"Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan-kawan, dan juga peminat yang prihatin dan bertanya khabar tentang cabaran yang dihadapi dalam rumah tangga saya dan Mawar.

Iklan

"Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu. Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua.

"Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami,” tulisnya.

Iklan

Pelakon Isyarat Cinta ini juga menganggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dan cabaran buatnya dan isteri.

"Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke Jannah. Tetapi bila sampai waktunya, kita dipilih oleh ALLAH untuk diuji, bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percayalah Allah tidak pernah zalim kepad hambaNYA.

"Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia tetapi tidak di sisi ALLAH. Setiap apa yang berlaku mesti datangnya bersama hikmah dan hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positif maka hasilnya adalah positif dan sebaliknya,” luah Fizo lagi.

Bagaimanapun, Fizo turut menegaskan apa pun yang berlaku kepada rumah tangganya selepas ini, hubungannya dengan Mawar akan tetap baik demi anak mereka, Wan Maryam, 2.

"Walau apa yang berlaku sekalipun, insya-ALLAH hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam, zuriat dari ALLAH yang kami nantikan selama empat tahun.

"Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga ALLAH memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.

"Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf serta memaafkan semua pihak. Doa yang baik-baik daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yang terbaik antara saya dan Mawar.

"Takkan berlaku sesuatu perkara tanpa izin ALLAH, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir ALLAH, saya percaya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA,” luahnya seperti memberi bayangan tentang apa yang bakal berlaku dalam rumah tangganya selepas ini.

Sebelum mengakhiri luahan tersebut, Fizo memohon agar diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan tenang.

"Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.

"Terima kasih sekali lagi, kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, doa yang baik-baik.

"Saya juga memaafkan segala komen-komen mahupun fitnah yang dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya. Doakan.. Doakan.. Terima kasih,” akhiri Fizo.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seoerang cahaya mata perempuan, Wan Maryam selepas empat tahun berkahwin.