Pesara tentera ditemui selamat

Iklan
Abd Hamid dibawa pulang penduduk kampung sebaik dia ditemukan di pekan Juasseh.

KUALA PILAH - Warga emas yang juga merupakan pesara tentera, Abd Hamid Minhaj, 73, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui selamat hari ini.

Anaknya, Suhaimi Abd Hamid, 39, berkata, ayahnya ditemui penduduk di Pekan Juasseh di sini ketika sedang turun dari bas yang datang dari arah Seremban kira-kira jam 7.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Bila ayah sampai ke rumah, dia kelihatan penat. Katanya, dia ke Kelantan untuk berhari raya di rumah sahabatnya.

"Tidak pula dia beritahu siapa sahabat dimaksudkan. Tapi yang musykilnya kenapa dia ke Kelantan tanpa beritahu kami sedangkan selama ini jika mahu pergi ke mana-mana dia tidak pernah lupa beritahu dengan emak," katanya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur ayahnya selamat dan berterima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu sehingga kehilangan ayahnya tular di media sosial.

Sementara itu, isteri Abd Hamid, Normah Talib, 67, turut bersyukur kepulangan suaminya dan buat masa ini mahu dia berehat tenangkan fikirkan.

Iklan

"Setakat ini apa yang dia beritahu malam tadi (kelmarin) bertolak dari Kota Bharu dengan menaiki bas menuju ke Terminal 1 Seremban.

"Kemudian dari sana dia ambil bas ke Juasseh. Yang lain-lain, nantilah saya tanya apa sebenarnya berlaku," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan resah Normah dan anaknya Suhaimi berhubung kehilangan Abd Hamid sejak Isnin lalu selepas tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan di sekitar Kuala Pilah dan Seremban.