Venezuela gagalkan cubaan rampasan kuasa, bunuh Maduro

Iklan
Nicolas Maduro

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam mendakwa pasukan keselamatan berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa termasuk rancangan untuk membunuhnya dan tokoh politik utama lain.

Plot itu didakwa melibatkan serangan ke atas ibu pejabat Agensi Risikan Sebin untuk membebaskan bekas Menteri Pertahanan, Jeneral Raul Baduel yang ditangkap atas tuduhan rasuah pada 2009 selepas kekalahan Parti Sosialis.

Iklan
Iklan

Maduro turut menuduh pemimpin pembangkang, Juan Guaido dan pemimpin politik dari Chile, Colombia dan Amerika Syarikat terlibat dalam rancangan untuk menggulingkannya itu.

Tetapi Guaido menafikan dakwaan itu yang didakwa sebagai satu penipuan.

Iklan

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Jorge Rodriguez berkata, pelan itu melibatkan pegawai tentera masih berkhidmat dan telah bersara

Kira-kira enam suspek telah ditahan dan salah seorang daripada dikenali sebagai Leftenan Carlos Saavedra yang turut mengakui rancangan untuk menawan tiga pangkalan tentera termasuk pangkalan tentera udara La Carlota di Caracas. - AFP

Iklan