SEREMBAN - Kenyataan Rafizi Ramli terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa prestasi Kerajaan PH jatuh serta ramai hilang sabar disifatkan sebagai pandangan peribadi.
Pengerusi Muafakat Anak Muda PD, Megat Muhammad Faris berkata, kenyataan Rafizi tidak membantu membangunkan kerajaan sebaliknya mengganggu kesepakatan diwujudkan Dr Mahathir.
Iklan
Iklan
"Melihat data-data yang didedahkan, saya agak teruja dan bangga kerana sekali lagi satu data hebat dikeluarkan oleh Rafizi.
"Pandangan peribadi saya, Dr Mahathir sedang cuba yang terbaik bagi membentuk menteri-menteri di bawah beliau dari segi gerak kerja bagi memulihkan kerajaan sekarang,” katanya, semalam.
Menurut Megat, sepatutnya Rafizi tidak perlu menjadi ‘Diva’ sebaliknya menggesa bekas Ahli Parlimen Pandan itu bersikap profesional dengan membawa data tersebut secara dalaman melalui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan menggunakan media terbuka.
"Ini menunjukkan beliau begitu terdesak mengasak Dr Mahathir dari segi membina semula negara dengan gambaran Perdana Menteri dilihat tidak melakukan apa-apa bagi memulihkan negara.
"Saya yakin dan percaya Dr Mahathir akan memulihkan negara dengan dasar-dasar kerajaan yang mampu membangunkan ekonomi rakyat Malaysia serta meletakkan ekonomi negara pada landasan yang tepat,” katanya.