LTAT lindungi kepentingan pencarum

Iklan

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), satu daripada pemegang saham utama FGV Holdings Bhd, hari ini menjelaskan keputusannya untuk mengundi menolak tiga resolusi berkaitan pakej bayaran pengarah FGV adalah untuk melindungi kepentingan pencarumnya - anggota Angkatan Tentera.

"Dengan mengambil kira keadaan ekonomi yang lembap dan kedudukan kewangan semasa FGV, kami berpandangan bayaran yuran dan manfaat pengarah sepatutnya sepadan dengan keadaan FGV ketika ini dan prospeknya di masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Iklan
Iklan

Ia turut menekankan bahawa keputusan itu bukan dibuat secara lewa dan telah dicapai selepas dibincangkan dan diperincikan secara mendalam.

Pemegang saham utama FGV - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan 33.7 peratus; Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) (5.0 peratus), dan LTAT (1.25 peratus) - telah menolak tiga resolusi berkaitan bayaran yuran pengarah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) kumpulan itu pada Selasa.

Iklan

Resolusi itu bagi mendapatkan kelulusan untuk RM2.55 juta bagi yuran pengarah untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY18), pembayaran sebahagian yuran pengarah -- sehingga sebanyak RM1.18 juta -- dari esok hingga ke AGM seterusnya pada 2020, dan pembayaran manfaat tertentu seperti elaun mesyuarat pada asas bulanan dan/atau bila perlu.

Tahun lepas, FGV mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.08 bilion berbanding keuntungan bersih RM130.928 juta pada 2017. - Bernama

Iklan