Masyarakat Siam duta pelancongan Kelantan

Iklan

TUMPAT - Masyarakat Siam akan diangkat sebagai duta pelancongan bagi mempromosikan seni budaya etnik minoriti di Kelantan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, keunikan budaya masyarakat Siam yang ada di negeri ini mampu menarik pelancong.

Iklan
Iklan

"Ramai pelancong datang ke Kelantan, bukan hanya tarikan patung Budha yang termahsyur di asia tenggara tetapi seni budaya unik masyarakat Siam di sini.

"Mari kita bersama memastikan seni dan budaya masyarakat Siam seperti seni persembahan menora, tarian etnik dipertahankan demi kelangsungan identiti masyarakat Siam Kelantan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Citrawarna Siam Malaysia Kelantan di Wat Pothivihan, Kampung Jambu, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Wanita Siam Malaysia Negeri Kelantan, KC Ngiam Eh Kuan.

Iklan

Mohamaddin berkata, persembahan kebudayaan masyarakat Siam ini bukan sahaja dapat perkenalkan warisan budaya tetapi memberi pendedahan tentang kekayaan dan kehalusan seni yang mungkin jarang dapat disaksikan.

"Seni dan budaya untuk memajukan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan, kesenian dan kebudayaan bertaràf dunia, rakyat memiliki jati diri bangsa berteraskan seni, budaya dan warisan negara," katanya.

Dalam pada itu katanya, jumlah pelancong domestik ke negeri Kelantan melonjak dari 8.6 juta pelancong pada tahun 2016 ke 9.6 Juta pelancong pada tahun 2017.