Harta wakaf tidak boleh diambil semula

Iklan
DR ZULKIFLI

HUKUM istibdal (tukar ganti wakaf) pada asalnya tidak diharuskan melainkan oleh sebahagian pendapat yang membenarkannya atas tujuan memberi manfaat kepada harta wakaf.

Pandangan itu dilontarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika menjawab persoalan tentang hukum tukar ganti harta wakaf.

Iklan
Iklan

"Perkara itu seharusnya dirujuk kepada pihak yang berautoriti dalam pengurusan harta wakaf.

"Namun, kami lebih cenderung supaya harta wakaf dipertahankan tetapi untuk menyelesaikan masalah dengan mencari alternatif lain tanpa dijual harta wakaf tersebut," katanya dipetik daripada artikel Al-Khafi #1164: Hukum Tukar Ganti Harta Wakaf yang disiarkan menerusi portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Iklan

Jelas beliau, menurut pandangan Mazhab Syafie, tidak harus istibdal masjid yang rosak ke tempat yang lain.

"Harta wakaf merupakan hak milik ALLAH SWT yang tidak boleh ditukar ganti. Ini merupakan pendapat yang asoh dalam mazhab ini.

Iklan

"Adapun pendapat berlawanan dengan asoh mengharuskan jual beli sekiranya harta itu tidak dapat memberi manfaat dan menjualnya merupakan perkara yang lebih utama. Namun, jual beli itu mestilah dengan bertujuan untuk membangunkannya," ujar beliau.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir menegaskan, harta wakaf tidak boleh diambil semula oleh pewakaf atau warisnya.

"Cuma ada konsep istibdal wakaf iaitu ganti semula. Katakan wakaf surau, jadi gantikan dalam bentuk yang sama adalah lebih baik dan lebih tepat," katanya.