Remaja, kakak ipar maut nahas

Iklan
Gambar hiasan

SUNGKAI - Seorang pelajar tingkatan tiga bersama kakak iparnya maut selepas motosikal ditunggangi bertembung sebuah lori di KM81 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran sebuah stesen minyak di Sungkai, malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.20 malam itu mengakibatkan Muhammad Izzuddin Kamaruden, 15, dan Rohabi Mat Yassin, 32, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori dipandu lelaki berusia 33 tahun membuat pusingan U di hadapan sebuah stesen minyak.

Menurutnya, dalam masa sama, motosikal ditungangi kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak.

Iklan

"Berlaku pelanggaran di bahagian belakang kiri lori, akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng maut di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan