MIRI - Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun adalah antara 19 mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran satu blok kuarters pekerja kilang kayu di Jalan Kuala Baram lewat malam semalam.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kuarters tujuh pintu itu menempatkan pekerja-pekerja kilang kayu yang terdiri daripada 16 warga tempatan, seorang warga Filipina dan dua warga Indonesia.
Iklan
Iklan
"Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan motosikal jenis Honda EX5," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.46 malam dan operasi pemadaman yang melibatkan dua buah balai bomba iaitu balai bomba Lopeng dan Balai Bomba Miri, tamat pada pukul 1.37 pagi.
Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. - Bernama