Hidup jangan menyusahkan orang lain

Iklan
Mudahkanlah urusan orang lain, insya-ALLAH mereka akan membalas perkara yang sama kepada kita. -GAMBAR HIASAN.

"BIARLAH kita hidup susah, asalkan tidak menyusahkan orang lain."

Selalu kita dengar kata-kata itu diungkapkan yang menjadi peringatan kepada kita agar tidak menyusahkan orang lain meskipun tidak mampu membantu.

Iklan
Iklan

Paling penting, permudahkanlah urusan orang lain, insya-ALLAH mereka juga akan membalas perkara yang sama kepada kita.

Bahkan, Rasulullah SAW sendiri menggesa umatnya supaya sentiasa mempermudahkan urusan orang lain.

Iklan

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:"Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis itu memberikan kita motivasi untuk memudahkan urusan setiap kali kita berurusan dengan orang lain.

Iklan

Jika kita masih kekal dengan sikap lama kita yang suka menyusahkan, percayalah, orang akan menjauhkan diri daripada kita.

Tidak mustahil orang ramai juga enggan lagi berurusan dengan kita disebabkan sikap kita sendiri.

Barangkali, kita tidak berasa apa-apa, namun bagaimana jika kita pula berada di tempat mereka yang disakiti itu?

Sudah tentu rasa marah membekam dalam hati, bukan?

Sebenarnya, itu jugalah yang selama ini mereka rasai.

Sebab itulah Rasulullah SAW menegah kita daripada menyusahkan orang lain.

Marilah kita lakukan perkara yang boleh menyenangkan orang lain.

Sumber: Mohd Nasruddin Dasuki)