Ajal tersepit traktor terbalik

Iklan
Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.

BATU PAHAT - Seorang pekerja warga asing maut selepas traktor yang dipandunya terbalik dalam kejadian di Batu 10, menghala ke Parit Yaani, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Aresat berkata, mangsa merupakan lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 10.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera dan lima anggota.

"Kejadian ini melibatkan sebuah traktor yang telah terbalik. Terdapat seorang mangsa warga Indonesia yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Ketika kejadian mangsa sedang bekerja dan membawa traktor tersebut. Mangsa gagal mengawal kenderaan dan terjatuh dari aras 1 bahagian pemunggahan ayam," katanya di sini hari ini.

Keadaan traktor yang terbalik.

Khairul Nizam berkata, pihak bomba telah mengeluarkan mangsa dalam masa dua minit dengan bantuan jengkaut yang ada di lokasi.

Iklan

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.