Seminar teknik menjawab SPM untuk anak asnaf

Iklan

GUAR CHEMPEDAK - Pas Jerai bakal menganjurkan seminar teknik menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama dua hari pada 5 dan 6 Julai ini di Pejabat Pas Jerai.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, seminar ini bertujuan membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk cemerlang dalam pelajaran.

Iklan
Iklan

Katanya, Pas Jerai menganjurkan seminar ini selama dua hari bagi memastikan lima pelajaran penting seperti Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik; Sains dan Sejarah dapat diulangkaji dengan baik.

Sabri

"Kita buka peluang ini kepada semua anak Jerai bagi memastikan mereka boleh membuat persediaan rapi dalam menghadapi peperiksaan," katanya.

Iklan

Tambah Sabri, keputusan cemerlang adalah satu bonus buat pelajar untuk membolehkan mereka melangkah lebih jauh mencipta kejayaan.

"Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar anak-anak kita memperoleh kejayaan yang cemerlang," katanya.

Iklan