TAHUKAH anda bahawa asam gelugur atau asam keping kaya dengan Hydroxy Citric Acid atau HCA sangat membantu dalam mengekang nafsu makan? Ia dipercayai mempercepat penguraian lemak dalam tubuh.
HCA bertindak menghalang perubahan makanan bergula dan karbohidrat berubah menjadi lemak. Selain dapat meningkatkan serotonin yang mampu mengurangkan selera makan, asam keping menurunkan berat badan dan mengempiskan lemak di perut.