Sultan Johor cadang alih kilang berbahaya

Iklan
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kerajaan negeri menutup atau memindahkan mana-mana kilang yang memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Sultan Ibrahim yang melahirkan rasa kecewa atas insiden berulang selepas pencemaran di Sungai Kim Kim, Mac lalu bertitah industri itu membahayakan bukan sahaja kepada rakyat Johor malah Singapura.

Iklan
Iklan

"Saya tak peduli tentang apa dikatakan tentang nilai ekonomi daripada perindustrian toksik ini sebab saya hanya pedulikan kesihatan rakyat Johor. Itu lebih penting daripada wang ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rekod pencemaran udara di Pasir Gudang

"Saya tak nak ahli politik sama ada negeri atau pusat beritahu saya tentang impak ekonomi. Tolong hentikan ini semua," titahnya memetik laporan eksklusif The Star, hari ini.

Iklan

Baginda turut bertitah akan memanggil pemimpin negeri dan agensi pusat bagi menjawab tentang insiden kedua yang berlaku di tempat yang sama.

"Kami diberi keyakinan semuanya berjalan dengan baik dan kami mendengar bahawa ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai turut memberi keyakinan tersebut, tetapi tak sampai tiga bulan rakyat Johor berdepan dengan isu yang sama lagi.

"Ini sangat teruk dan memalukan," titah baginda.

Iklan

Dalam wawancara sama, baginda menasihatkan ahli politik negeri dan pusat agar berhenti politiking sebaliknya fokuskan isu rakyat.