PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak 11 sen seliter iaitu daripada RM2.38 seliter kepada RM2.49 seliter berkuatkuasa bagi tempoh 29 Jun 2019 sehingga 5 Julai 2019.
Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dibuat dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Iklan
Iklan
"Bagi harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing.
"Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," ujarnya.
Sehubungan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 29 Jun 2019 sehingga 5 Julai 2019 adalah berjumlah RM75.16 juta.