Baju, buku teks sekolah hangus

Iklan
Api marak membakar rumah Zamzuri dan memusnahkan 60 peratus bilik tidur dan bumbung di ruang tamu.

TUMPAT - Kelengkapan persekolahan lima beradik musnah apabila rumah mereka di Kampung Kubang Batang terbakar malam tadi.

Kebakaran kira-kira jam 7 malam itu, kebakaran rumah Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kelantan Mukim Kubang Batang dipercayai bermula dari bilik tidur.

Iklan
Iklan

Zamzuri di bilik tidur yang terbakar menyebabkan kelengkapan persekolahan anaknya hangus.

Zamzuri Ismail, 42, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan harta benda dan kelengkapan persekolahan anaknya yang dibeli minggu lepas kerana ketika kejadian dia tiada di rumah.

Iklan

Katanya, ketika kejadian dia dan isteri, Nor suhaila Abdul Syukur, 37,

ke rumah ibu yang jaraknya hanya 20 meter.

Iklan

"Saya bawa bersama anak saya berusia 8 tahun, manakala empat lagi tiada di rumah kerana ke Johor," katanya mempunyai enam anak seorang menuntut di universiti.

Menurutnya, dia menyedari kebakaran itu selepas 20 minit berada di rumah ibunya apabila sepupunya datang memberitahu.

"Saya terus bergegas pulang, api sudah marak membakar bilik tidur.

"Baju sekolah, beg, buku teks anak semuanya hangus.

"Hampir 60 peratus rosak apabila bilik tidur dan bumbung di ruang tamu hangus," katanya.