Dibotakkan kerana pertahan maruah

Iklan
Wanita terbabit bersama anak perempuannya dibotakkan kerana menghalang tindakan sekumpulan lelaki yang mahu melampiaskan nafsu mereka.

NEW DELHI - Sekumpulan lelaki mencukur kepala dua wanita sebagai 'hukuman' ke atas mereka kerana mempertahankan diri daripada diperkosa dalam kejadian di Bihar, India.

Kumpulan terdiri daripada pegawai tempatan itu menyerbu kediaman mereka dengan niat untuk mencabul anak perempuannya, namun dihalang ibunya.

Iklan
Iklan

Apabila mangsa enggan menuruti kehendak kumpulan lelaki terbabit, rambut mereka dibotakkan dan kemudiannya diarak ke seluruh kampung.

"Kami turut dipukul dengan kayu hingga menyebabkan tubuh kami cedera," kata ibu mangsa.

Iklan

Menurut polis, seramai enam suspek telah ditahan dan pihak berkuasa masih memburu beberapa individu lain.

Difahamkan, seorang ahli majlis dan tukang gunting adalah antara suspek yang diberkas dalam kejadian itu yang menarik perhatian media tempatan malah suruhanjaya wanita di negeri terbabit juga mengecam insiden tersebut dan berjanji tindakan lanjut akan diambil.

Iklan

April lalu, seorang remaja perempuan disimbah asid selepas cuba menghalang cubaan sekumpulan lelaki yang mahu menodainya.

Beberapa bulan sebelum itu, seorang wanita di Bihar juga diserang, dibogelkan dan diarak seluruh pasar kampung kerana cuba mempertahankan maruahnya. - Agensi