MEXICO CITY - Kerajaan Mexico sedang memuktamad perjanjian untuk menyediakan 40,000 pekerjaan dalam sektor perkilangan kepada migran yang berada di negara itu, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador semalam.
Bercakap pada satu sidang media, Lopez Obrador berkata, perjanjian dengan kilang-kilang yang terlibat dijangka akan ditandatangani pada minggu depan.
Iklan
Iklan
"Perjanjian tersebut akan ditandatangani dan tidak akan terdapat masalah perundangan.
"Kita menyusun rancangan agar migran dapat diambil bekerja tanpa melalui proses yang rumit," kata Lopez Obrador merujuk kepada ribuan migran terutama di negeri utara Mexico yang menunggu keputusan berhubung perlindungan suaka mereka di Amerika Syarikat (AS).
Negeri sempadan di Mexico dibanjiri migran yang terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk mendapat suaka di AS di bawah dasar dikenali sebagai 'metering' yang menghad jumlah pemohon setiap hari.
Selepas memohon suaka, ribuan migran dihantar pulang ke Mexico sementara menunggu kes mereka selesai, ia mungkin mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun.
Terdahulu, Mexico berikrar untuk mengekang kebanjiran migran ke AS selepas Presiden Donald Trump mengugut mengenakan tarif ke atas eksport negara itu. - Reuters