Sangka kayu rupanya tedung selar

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam daerah sedang menangkap ular tedung selar di Kampung Parit Rambai di sini semalam.

PONTIAN - Seorang penduduk di Kampung Parit Rambai terkejut apabila objek disangka kayu di tepi rumah rupanya ular tedung selar.

Pengawai Pertahanan Awam daerah, Mohd Noorhafidzul Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.15 malam semalam sebelum empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Ketika ditangkap, ular sepanjang 6 meter dan seberat 5kg itu dalam keadaan agresif.

"Selepas 10 minit ular berjaya ditangkap menggunakan jerut dan akan diserahkan kepada Perhilitan negeri," katanya.

Iklan
Iklan