Lumba haram: Tiga pelajar kolej ditahan

Iklan

SEREMBAN - Lapan lelaki termasuk tiga pelajar kolej ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan lumba haram dengan menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan DSP Shaifulizan Sulaiman berkata suspek yang berumur antara 18 hingga 23 tahun itu ditahan pasukan Skuad 42 JSPT Kontinjen negeri

Iklan
Iklan

"Kira-kira 3.45 pagi tadi, tujuh buah motosikal dipercayai telah berlumba sesama sendiri dengan kelajuan yang tinggi bermula dari persimpangan Stesen Minyak Petron Taman Seri Pagi menghala ke lampu isyarat Taman Matahari Heights.

"Mereka juga berpatah balik di jalan yang sama manakala sebuah motosikal telah melakukan aksi mengangkat tayar hadapan iaitu 'Willy' dari lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghala ke arah Lebuhraya PLUS," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, kesemua mereka ditahan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BPSTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan di bawah akta ini denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.- Bernama

Iklan