ISTERI kepada selebriti Fizo Omar, 34, Mawar Abd Karim, 30, memuat naik status panjang lebar di Instagram miliknya, memberitahu kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Menurut Mawar, kemelut rumah tangga yang berlaku hanya antara dia dan suaminya sahaja mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
"Hanya saya dan Fizo sahaja tahu, rasa apa yang kami lalui sekarang ini. Diharapkan semua pihak jangan buat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangga kami,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Mawar akur dengan apa yang sedang berlaku kepada rumah tangga mereka. Malah, usahawan terkenal itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan kebaikan buat mereka.
"Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan, jodoh, ajal, maut semua di tangan Tuhan.
"Semoga ALLAH memberi kami jalan yang terbaik. Insya-ALLAH. Terima kasih kalian yang mendoakan terbaik buat saya, Fizo dan amanah kami ‘Maryam‘. Hanya ALLAH sahaja membalas jasa kalian,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Mawar sempat memohon maaf seandai penulisannya itu mengguris hati mana-mana pihak.
"Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk saya meluahkan perasaan, mencerita terutama kisah peribadi saya. Banyak pihak saya perlu jaga juga berhati-hatu.
"Sebelum ini saya hanya kongsi kegembiraan, kerjaya, kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk saya cerita,” jelasnya.
Pasangan Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang ki ni berusia dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:
Saya reda dengan ketentuanNya: Fizo Omar
'Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami'