GEORGE TOWN - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengulangi bahawa kebanyakan projek dan penjualan aset kerajaan dilakukan melalui tender terbuka.
Menjawab pertanyaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tentang mengapa Kementerian Kewangan sekarang mencari ejen untuk menjual bangunan konsulat Malaysia di Hong Kong dan tidak sebaliknya menggunakan kaedah tender terbuka, Guan Eng berkata menggunakan kaedah tender terbuka akan melibatkan pelantikan ejen hartanah untuk menjalankan tender terbuka.