Lelaki patah kaki kanan lori terlanggar pokok

Iklan
Anggota bomba menggunakan pemotong hidraulik untuk mengalihkan pokok yang tumbang di tengah jalan terbabit. - FOTO IHSAN BOMBA

TEMERLOH - Seorang lelaki patah kaki kanan selepas lori yang dipandunya terlanggar sebatang pokok di tengah jalan di Jalan Temerloh-Triang dekat Kampung Pengkalan Jaya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa, Wong Woei Keong, 46, berasal dari Mengkarak itu berjaya diselamatkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Iklan
Iklan

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, mangsa yang tersepit dalam lori satu tan itu berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian menggunakan pemotong hidraulik.

"Mangsa kemudiannya menerima rawatan awal EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Iklan
Iklan