Teliti isu sebelum bangunkan negara: Anwar

Iklan
Anwar meluangkan masa bersalaman dengan penyokong di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PKR Kedah dan Adun Bakar Arang di Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI - Kerajaan perlu meneliti isu dan permasalahan dalam usaha pembangunan negara bagi mengelakkan kesihatan terancam serta menggugat keselamatan rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengambil kira kesan sampingannya dalam usaha membangunkan negara.

Iklan
Iklan

Mengambil kira isu yang berlaku di Johor, katanya, pembangunan kilang harus diteliti termasuk isu pencemaran agar tidak menjejaskan kesihatan rakyat.

"Jangan sampai kita bangunkan negara, kita robohkan pula sehingga menjejaskan kesihatan termasuk anak-anak,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PKR Kedah dan ADUN Bakar Arang di Taman Keladi, Sungai Petani di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Kedah merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Adun Bakar Arang Simon Ooi Tze Min serta barisan kepimpinan PKR.

Menurutnya, dalam tumpuan membangunkan negeri dan negara, kerajaan perlu menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Iklan

"Kalau kerajaan nak jana pertumbuhan, kilang baru, projek baru, pengalaman kita di beberapa tempat seperti Johor, bila kita bangunkan pembangunan, ada pencemaran dan kesihatan anak-anak terjejas.

"Jangan sambil kita bangun, kita robohkan pula. Kita teliti dalam kita bangunkan jangan abaikan keselesaan rakyat," katanya.

Anwar hadir kira-kira jam 5.30 petang dan meluangkan masa lebih kurang 30 minit bertemu penyokong serta barisan kepimpinan parti itu dalam majlis berkenaan.