Program Jamal bantu rakyat tak meriah

Iklan
Antara orang awam yang membeli bekalan ikan dan ayam yang lebih rendah daripada harga pasaran.

KUALA LUMPUR - Program Jualan Ikan Harga Patut oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) di Jalan Pahang pagi ini kurang mendapat sambutan.

Tinjauan Sinar Harian hampir setengah jam bermula jam 9 pagi mendapati bilangan pengunjung ke lokasi terletak di bekas tapak Restoran Makan Percuma diusahakan Ketua Umno Sungai Besar itu lengang dan tidak seramai program sama sebelumnnya.

Iklan
Iklan

Tawaran ikan sadin RM5 dan ayam RM5.50 sekilo gagal menarik orang ramai untuk mendapatkan bahan basah dengan harga murah.

Jamal ketika diminta mengulas berkenaan hal demikian berkata, faktor tempoh promosi singkat dan lokasi tersorok punca program itu kurang sambutan.

Iklan

"Masa untuk kami buat promosi singkat, semalam baru hebahkan namun kami akan tetap teruskan program sama pada minggu depan di Pekarangan Pejabat Umno Ampang.

"Saya yakin jualan mampu dihabiskan cuma mengambil sedikit masa berbanding sebelum ini yang akan habis dalam 3 hingga 4 jam saja," katanya.

Iklan

Menurutnya, mesej yang cuba disampaikan dalam program tersebut adalah mengenai langkah kerajaan PH menangani isu kenaikan harga barangan.

"Kita bawa isu kos sara hidup dan harga barang sejak zaman BN menjadi kerajaan lagi dan harap ia dapat ditangani kerajaan PH seperti idea yang diusulkan oleh mereka sebelum PRU14, namun sehingga sekarang tiada tanda harga barang akan turun sebaliknya terus mahal.

"Kita tak ambil keuntungan dari program ini dan harap sedikit sumbangan kami dengan NGO dapat membantu orang ramai kurangkan kos sara hidup harian," katanya.