UMNO, Pas perlu kekal momentum melalui penyatuan ummah

Iklan
Lokman (kiri) melayan tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Cawangan Bandar Sri Gading, Batu Pahat, di sini malam tadi.

BATU PAHAT – UMNO dan Pas perlu mengekalkan momentum sebagai pembangkang melalui penyatuan ummah selain memperkukuhkan serangan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ini kerana melalui situasi semasa, kerajaan PH dilihat membuka peluang dan ruang kepada pembangkang untuk menyerang melalui kesilapan yang mereka lakukan.

Iklan
Iklan

"Prestasi kerajaan pada hari ini sangat-sangat mengecewakan walaupun mereka mempunyai perdana menteri yang berpengalaman selama 22 tahun sehinggakan beliau sendiri pun tidak berpuas hati dengan menteri-menterinya.

"Sewaktu pemerintahannya 22 tahun dahulu, beliau mempunyai pasukan berpengalaman sehinggakan prestasi Malaysia boleh dibanggakan walaupun pada tahun 1996 negara mempunyai hutang tertinggi di dalam sejarah,” katanya.

Iklan

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Bandar Sri Gading berkata kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Bandar Sri Gading di Kampung Sri Gading, di sini malam tadi.

Menurutnya, perkara tersebut juga cuba diulangi semula oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed apabila perkara yang telah diswastakan oleh kerajaan selain aset-aset negara turut dijual.

Iklan

Pada masa sama, katanya, UMNO juga sudah bersedia dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Julai ini.

"UMNO juga telah meluluskan pemindaan perlembagaan UMNO di mana ahli boleh mendaftar seawal usia 16 tahun dan ini membolehkan UMNO mempunyai tempoh dua tahun untuk mengukuhkan jati diri ahlinya sebelum membuat keputusan pada PRU15," katanya.