Empat sindiket pelacuran tumpas

Iklan
Salah satu premis pelacuran yang diserbu polis awal pagi tadi. - FOTO POLIS

PETALING JAYA - Polis menumpaskan empat sindiket pelacuran yang menawarkan khidmat seks wanita warga asing di Dataran Mentari di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan Op Noda (Pelacuran) dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu, seramai 34 wanita warga asing serta lima lelaki tempatan ditahan.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, wanita berusia antara 19 hingga 41 tahun dan lima lelaki tempatan itu dipercayai bekerja dengan sindiket pelacuran.

Menurutnya, mereka yang ditahan membabitkan 24 wanita Vietnam, enam wanita Thailand dan empat wanita Indonesia.

Iklan

"Serbuan dijalankan di empat premis membabitkan dua pusat urut, selain sebuah hotel dan pusat hiburan.

"Sindiket itu beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 4 pagi dengan bayaran RM170 bagi pakej lengkap layanan seks kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Rohaimi berkata, modus operandi sindiket pelacuran adalah dengan memilih premis yang terletak di deretan kedai dan di kelilingi restoran dan kedai serbaneka.

Sindiket pelacuran menggunakan khidmat pelacur warga asing. - FOTO POLIS

"Premis-premis target terletak di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat dan beroperasi hanya lima jam iaitu antara 12 tengah malam hingga 4 pagi. Pintu masuk premis bermagnet dan hanya menggunakan alat kawalan jauh dari dalam dan dibuka oleh penjaga sekiranya ada pelanggan.

"Itu modus operandi sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Rohaimi memberitahu, selain menahan wanita warga asing dan pekerja sindiket berkenaan, polis turut menahan enam pelanggan untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan sindiket pelacuran itu seperti buku catatan kerja harian, kupon RM20, botol minyak urut, kondom dan sejumlah wang tunai.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK) kerana terbabit kegiatan persundalan selain Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH).

"Malah, wanita warga asing berkenaan juga turut melakukan pelbagai kesalahan imigresen mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.

Rohaimi menambah, serbuan itu adalah sebahagian tindakan polis bagi memerangi sindiket pelacuran di negara ini membabitkan kegiatan jenayah terancang.