KUALA LUMPUR - Kira-kira 40,000 nelayan telah menerima elaun sara hidup (ESH) sejak awal tahun ini susulan proses pemutihan yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menteri berkenaan, Datuk Salahuddin Ayub berkata proses itu bagaimanapun masih berjalan bagi memastikan baki nelayan yang layak mendapat elaun berkenaan.