Durakovic paling gembira!

Iklan
Kesebelasan Perak malam tadi.

KETUA jurulatih Perak, Mehmed Durakovic mungkin individu paling gembira setelah menyaksikan anak didiknya mara ke pentas final Shopee Piala FA 2019 setelah menewaskan Pahang 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Perak, malam tadi.

Durakovic berkata, kesemua pemain beraksi baik di sepanjang 90 minit perlawanan bagi melakar kejayaan sekali gus memadamkan kelebihan agregat dimiliki Pahang yang menang 3-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darulmakmur, Kuantan 22 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, skuad The Bos Gaurus itu sebenarnya boleh meledak dua lagi gol pada babak kedua perlawanan berkenaan.

"Jujur saya katakan kesebelasan pemain telah beraksi baik di sepanjang 90 minit biarpun berdepan dengan pasukan handalan seperti Pahang yang memiliki pemain import yang bagus, pemain tempatan serta jurulatih yang baik.

Iklan

"Bagaimanapun, malam ini milik kami. Pemain seakan tidak berhenti menyerang dan kita dapat saksikan suasana yang hebat di stadium mala mini yang dipenuhi dengan penyokong Perak,” katanya sejurus tamat perlawanan, malam tadi.

Perak menewaskan Pahang menerusi jaringan Brendan Gan yang menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan sudut Firdaus Saiyadi pada minit ke-35 diikuti jaringan J.Partiban (min-42) dan jaringan sendiri oleh pertahanan Pahang Faisal Rosli yang tertampan bola ke gawang sendiri seminit kemudian.

Iklan

Sementara itu penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai rezeki buat skuad Kejor Yeop Skor itu.

Katanya, segala kesilapan yang berlaku pada aksi separuh akhir pertama lalu telah pun dilupakannya demi memberikan tumpuan pada perlawanan malam tadi.

"Syukur ini rezeki buat kami untuk dapatkan kembali kemenangan, saya terpaksa lupakan apa yang telah berlaku dan minggu ini memang minggu yang cukup sukar bagi saya."Alhamdulillah dengan perancangan ALLAH SWT serta sokongan daripada keluarga termasuk rakan-rakan sepasukan, Perak layak ke final. Bagi saya, saya percaya kepada rezeki ALLAH SWT.

"Lagipun, kami satu keluarga dah macam adik-beradik bukan lagi sebagai rakan sepasukan," katanya.