Ambil pekerja Afrika: Kerajaan perlu buat pertimbangan sewajarnya

Iklan

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran perlu membuat pertimbangan sewajarnya berhubung cadangan untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga asing dalam sektor perladangan di negara ini.

Naib Presiden MIC, Sivarraajh Chandran berkata, umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial seperti sindiket penipuan siber dan jenayah berat seperti samun, dadah serta senjata.

Iklan
Iklan

"Saya berpandangan bahawa M. Kula Segaran patut mengambil kira implikasi sosial pengambilan pekerja asing dari Afrika terhadap negara kita terlebih dahulu sebelum membuat sebarang cadangan mahupun keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang pekerja asing dari Afrika

Iklan

"Pihak Jabatan Imigresen pernah menyatakan bahawa sepanjang tahun 2018 sehingga Mei 2019 terdapat 282 warga Afrika yang ditahan atas pelbagai kesalahan. Jelas di sini bahawa warga Afrika ini cenderung untuk menyalahgunakan visa pelajar yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, cadangan itu juga dilihat tidak selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang ingin menangani masalah kebergantungan ekonomi negara kepada tenaga pekerja asing.

Iklan

"Kerajaan perlu mencari solusi yang"win-win” untuk menyelesaikan isu pekerja asing tanpa permit di negara kita agar sektor-sektor ekonomi yang bergantung pada tenaga kerja pekerja asing dapat terus berkembang tanpa sebarang masalah," katanya.

Jumaat lalu, Kula Segaran dilaporkan mengetengahkan cadangan membawa masuk pekerja dari negara Afrika berikutan pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak lagi berminat untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima hampir sama dengan di negara asal.