YAN - Maahad Tahfiz Al Fityan yang terletak di Kota Setar, Yan memerlukan dana berjumlah RM1.1 juta bagi tujuan membina bangunan surau.
Mudir Maahad berkenaan, Md Shukri Sawai berkata, mereka memerlukan dana bagi membina surau atas tujuan memberi sedikit keselesaan kepada para pelajar.
Katanya, kerja-kerja pembinaan banguan surau itu sangat perlahan kerana dana yang ada tidak mencukupi.
"Sekarang baru lima peratus kerja-kerja pembinaan berlangsung dan memerlukan lebih banyak dana," katanya.
Menurut Md Shukri, pihaknya hanya mengharapkan dana dan sumbangan daripada orang awam untuk memastikan surau berkenaan dapat disiapkan.
"Surau berkenaan sangat penting bagi membolehkan pelajar dapat berjemaah setiap kali waktu solat.
"Surau sebelum ini sangat daif kerana seni binanya sangat lama, jadi demi keselamatan kami bersepakat untuk mencari dana bagi membina semula," katanya.
Tambah Md Shukri, beliau sangat berharap orang ramai sudi menghulurkan sumbangan bagi membolehkan kerja pembinaan dapat dilakukan secara pantas.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian di akaun Bank Islam 02084010033738 atas nama Tabung Pembangunan Al Fityan atau hubungi terus mudir di talian 013-4469710.