Dua rumah teres terbakar

Iklan
Rumah teres dua tingkat di Taman Maluri di sini terbakar 60 peratus awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Dua rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,200 kaki persegi di Taman Bukit Maluri terbakar dalam kejadian jam 2.59 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, seramai 29 anggota dari empat balai iaitu Jinjang, Sri Hartamas, Taman Tun dan Sentul dikejarkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Kebakaran berjaya dikawal jam 3.25 pagi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 60 peratus.

"Insiden bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa," katanya.

Iklan

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

AKAN MENYUSUL

Iklan