DALLAS - Sepuluh orang terbunuh selepas sebuah pesawat kecil jatuh ke dalam hangar ketika berlepas dari Lapangan Terbang Addison dekat Dallas pada pagi Ahad.
Seorang jurucakap Bandar Addison, Mary Rosenbleeth berkata, tiada penumpang di dalam pesawat itu yang terselamat.
Iklan
Iklan
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, pesawat jenis Beechcraft BE-350 King Air itu merempuh hangar tersebut sebaik berlepas jam 9 pagi.
Setakat ini, agensi tersebut masih menyiasat jumlah sebenar kematian dan punca kejadian.
Video kejadian menunjukkan asap hitam memenuhi ruang udara Lapangan Terbang Addison. - AP