PENCEMARAN udara membuatkan kualiti udara tidak selamat terutamanya kepada mereka yang berisiko seperti kanak-kanak dan penghidap asma.
Ketika berhadapan dengan kualiti udara yang tidak selamat itu, apa yang perlu anda lakukan adalah:
1. Hadkan aktiviti luar
Ia boleh mengelak anda terdedah kepada pencemaran udara. Mandi dengan kerap jika terpaksa berada di luar rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa kimia terkena anggota badan.
Mengambil berat kesihatan diri dan ahli keluarga yang lain dengan mengambil berat simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.
3. Peka keadaan sekitarSentiasa peka dengan perubahan keadaan sekitar seperti bau tengit dan kurang menyenangkan terutama pada waktu angin kuat.
Rawatan kecemasan yang boleh diberikan mangsa yang terdedah kepada pencemaran ini termasuklah basuh anggota yang terjejas dengan air atau mandi, longgarkan pakaian atau berikan bantuan pernafasan apabila diperlukan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
5. Pakai alat pelindungSentiasa memakai alat perlindungan diri yang bersesuaian dengan situasi. Contohnya memakai Half Facepiece Respirators with Multigas Cartridge apabila berhadapan dengan risiko kimia merbahaya.
Sumber: Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd, Mohd Sofian Osman, dalam Astroawani.com