Food Bank bertepatan fokus ringankan kos sara hidup

Iklan
Guan Eng (empat, kanan) meninjau lebihan makanan yang dikumpul selepas Majlis Perasmian Food Bank Malaysia tadi.

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Pelaksanaan program Food Bank Malaysia yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertepatan dengan fokus kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup.

Perdana Menteri, Tun Dar Mahathir Mohamad berkata, program itu salah satu usaha kerajaan membantu rakyat terutamanya kumpulan B40 apabila sebanyak 15,000 tan lebihan makanan yang dihasilkan di negara ini dapat disalurkan kepada golongan tersebut.

Iklan
Iklan

"Isu lebihan makanan ini bukan perkara yang asing di Malaysia kerana dari 15,000 tan lebihan makanan setiap hari, 3,000 tan adalah lebihan makanan yang masih elok dan selamat dimakan.

"Sekiranya 3,000 tan makanan tersebut dapat diagihkan dengan optimum, maka kuantiti ini boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada hampir 2 juta rakyat Malaysia. Makanan ‘surplus’ walaupun nampak remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada golongan yang memerlukan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Food Bank Malaysia di sini, hari ini.

Iklan

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata

Menurutnya, kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang besar bagi kos pengeluaran makanan untuk rakyat setiap tahun justeru, usaha menangani isu pembaziran makanan itu perlu diberi perhatian bagi memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada makanan dan nutrisi yang baik.

Iklan

"Selain itu, mengatasi pembaziran makan juga secara langsung dapat mengatasi isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini. Bantuan makanan seperti roti atau bakeri, buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan perbelanjaan penerima.

"Kerajaan sentiasa mencari kaedah terbaik bagi membendung isu pembaziran makanan dan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat. Isu ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi boleh diatasi lebih baik melalui kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta," katanya.

Dr Mahathir berkata, melalui program tersebut, lebihan makanan yang diterima akan disalurkan kepada kumpulan sasar dan rumah kebajikan yang berdaftar dan Food Bank Malaysia menyasarkan 186,354 ketua isi rumah (KIR) yang berada di bawah paras garis kemiskinan di seluruh negara untuk diagihkan lebihan makanan yang dikumpul.

"Bagi memastikan pengurusan lebihan makanan dan pelaksanaan Food Bank Malaysia dengan lebih sistematik dan teratur, kerajaan bersetuju untuk melancarkan sebuah yayasan iaitu Yayasan Food Bank Malaysia. Yayasan ini adalah usaha mengurangkan pembaziran makanan di samping menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat.

"Ia akan diterajui oleh pemegang amanah iaitu mereka yang mempunyai pengalaman dan komited dalam menjayakan agenda kerajaan ini," katanya.