Pusat hiburan digempur, GRO diberkas

Iklan
Polis melakukan pemeriksaan terhadap wanita warga Vietnam dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR - Keasyikan lelaki hidung belang dilayan manja gadis pelayan pelanggan (GRO) terbantut selepas dikejutkan dengan kehadiran polis.

Taktik lapuk pelaris sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama itu berjaya dibongkar sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam serbuan Ops Noda kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur itu menahan 20 wanita warga Vietnam berusia lingkungan 17 hingga 41 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati 19 daripada mereka disyaki bekerja sebagai GRO manakala seorang lagi adalah pengurus premis.

Iklan

"Polis turut menahan dua lelaki warga Vietnam berusia 20 dan 37 tahun merupakan pekerja premis terbabit.

"Selain itu, beberapa peralatan audio, resit berserta sejumlah wang tunai dirampas," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Pemeriksaan turut dilakukan terhadap 35 pelanggan pusat hiburan itu untuk proses dokumentasi.

Rohazah berkata, siasatan pihaknya mendapati premis dipercayai menggajikan wanita warga asing sebagai GRO itu beroperasi tanpa lesen dan mereka dibayar sejumlah tip berdasarkan layanan yang diberikan.

Tambahnya, berdasarkan, premis haram itu pernah diserbu pada Mac lalu.

"Siasatan terus dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen serta Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 2003," katanya.