Lari tinggalkan barang jualan

Iklan
Peniaga bertindak melarikan diri dan meninggalkan barang jualan masing-masing ketika serbuan oleh penguat kuasa DBKL. FOTO: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

SELAYANG - Penjaja asing di Pasar Harian Selayang di sini sanggup melarikan diri meninggalkan barang jualan masing-masing ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Unit Media DBKL dalam akaun Facebook rasminya berkata, beberapa penjaja warga asing meloloskan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dalam operasi bermula jam 3 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu.

Iklan
Iklan

"Dalam Operasi Tindakan Khas Penjaja Warga Asing ini pihaknya menyita 50 barangan jualan dan peralatan milik penjaja antaranya pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan makanan laut.

"Khemah yang didirikan peniaga asing juga dirobohkan anggota penguatkuasa dan tindakan diambil di bawah UUK 3 - Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.

Iklan

Menurutnya, tiada sebarang kekecohan dan provokasi berlaku ketika tindakan dilakukan dan tindakan sama akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan 60 notis kesalahan di bawah kesalahan trafik dan sebanyak dua kenderaan buruk serta tersadai di tepi jalan ditunda

Iklan
Penguat kuasa DBKL menyita barangan ditinggalkan penjaja asing ketika serbuan di Pasar Harian Selayang. FOTO: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur