'Kalau nak gigit, gigit betul-betul lah'

Iklan
Azalina - Foto msn.com

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) hari ini menolak usul yang mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang dan keluarga mengisytiharkan harta.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, penolakan itu dibuat kerana usul tersebut dilaksanakan secara tidak sah.

Iklan
Iklan

"Kalau nak buat juga, tarik balik usul masuk rang undang-undang baharu atau buat pindaan pada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita bahas semula baharulah tindakan boleh dikenakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usul wajibkan MP isytihar harta dibentang di Parlimen

Iklan

"Usul ini tidak sah dan tidak mempunyai keberkesanan, bukan kami bantah," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menyifatkan usul itu dibentang secara tergesa-gesa dan tidak bersungguh-sungguh, Azalina mendakwa usul ini tidak cukup 'bersedia' untuk dibahaskan.

Iklan

"Kalau nak gigit, gigit betul-betul jangan gigit manja-manja.

"Menteri undang-undang buat betul-betul lah, buatlah supaya Ahli Parlimen dapat membantu kerajaan bukan hendak kejar populariti sahaja kononnya hendak laksanakan janji pada rakyat tapi banyak lagi janji yang tidak ditunaikan," katanya lagi.

Kerajaan hari ini membentangkan usul untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang dan keluarga mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, (Warisan- Batu Sapi) hari ini yang membentangkan usul itu di Dewan Rakyat mewakili kerajaan menegaskan, bahawa usul itu dibuat berlandaskan dengan perjuangan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usul untuk mewajibkan setiap wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta masing-masing akan dibentangkan dalam sidang Parlimen.

Menurutnya, setiap wakil rakyat termasuk pembangkang mempunyai pengaruh yang tersendiri, sekali gus perlu dihindari daripada menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan.

Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 bermula hari ini hingga 18 Julai nanti.