Wabak BPB serang tanaman padi

Iklan
Muslimin (depan, kiri) bersama penduduk dan wakil agensi kerajaan berkaitan meninjau lot ladang yang diserang BPB di kawasan pengairan Sungai Leman.

SABAK BERNAM - Kira-kira 360 hektar ladang benih padi di kawasan pengairan Sungai Leman di sini, dikhuatiri terjejas berikutan serangan hawar bulir bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini.

Rata-rata peserta ladang benih padi mendakwa, hasil siasatan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian mengesahkan wabak BPB menyerang ladang benih berkenaan.

Iklan
Iklan

Seorang peserta ladang benih padi, Zainuddin Osman, 40, berkata, pokok padinya yang berusia 95 hari itu diserang BPB sejak minggu lalu dana menyebabkan pengeluaran berkurangan sekali gus menjejaskan pendapatan.

"Ini kali pertama BPB menyerang ladang benih dan jika keadaan ini berterusan saya bimbang hasil pendapatan merosot.

Iklan

"Bayangkanlah, saya terpaksa menampung kos tanaman tinggi, bagaimana nak raih keuntungan jika tanaman ini tidak mengeluarkan hasil seperti diharapkan," katanya.

Menurutnya, keadaan itu mungkin disebabkan baka padi varieti MR 297 yang kurang daya tahan penyakit terutama ketika cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya berkata, pihaknya dijadualkan mengadakan pertemuan bersama agensi kerajaan terlibat, Isnin ini bagi membantu peserta menyelesaikan kemelut dihadapi.

"Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ladang di kawasan itu adalah pembekal benih padi di seluruh negara.

"Sekiranya perkara ini tidak ditangani, kita bimbang, bawaan bakteria ini menjejaskan pesawah di kawasan tanaman lain," katanya.