Cadangan Kula Segaran tidak praktikal

Iklan
Kula Segaran

RAMAI yang tidak setuju dengan cadangan mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam sektor perladangan.

Cadangan itu disuarakan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia yang tidak mahu lagi bekerja di Malaysia disebabkan gaji diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.

Iklan
Iklan

Cadangan itu perlu dikaji secara mendalam kerana kehadiran warga Afrika ke negara ini dikhuatiri memberi kesan negatif kepada rakyat.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Iklan

Namun, jika disebut beberapa negara benua Afrika seperti Nigeria, Sudan dan sebagainya, timbul ketidakselesaan dalam kalangan rakyat kerana budaya hidup kumpulan ini yang amat jauh berbeza seperti cara berpakaian, bersosial, berhibur dan sikap.

Ia bukanlah satu isu baharu. Tidak perlu dibawa masuk pun negara kita sudah dibanjiri dengan kehadiran begitu ramai rakyat dari benua Afrika.

Iklan

Mereka masuk ke Malaysia sebagai pelajar tetapi tidak dapat dipastikan apakah mereka balik semula ke negara asal selepas selesai belajar.

Suka atau tidak, statistik menunjukkan kehadiran warga Afrika menyumbang kepada kes jenayah seperti sindiket penipuan cinta siber atau love scam, pengedaran dadah, kes jenayah berat menggunakan senjata api atau penipuan harta raja benua Afrika.

Menurut statistik Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat peningkatan kes saban tahun bermula 2015. Kebanyakan kes didalangi warga Nigeria. Sehingga Julai 2018 sahaja sebanyak 1,116 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM64.3 juta.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan turut tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana banyak berita negatif melibatkan warga Afrika dalam kes jenayah dan pelbagai masalah lain termasuk sosial.

Cadangan Kula Segaran itu juga bertentangan dengan janji Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menghantar pulang pekerja asing sekiranya Pakatan Harapan memerintah, bukan membawa warga Afrika masuk bekerja di Malaysia. Usah ditambah lagi masalah yang masih banyak belum selesai di negara ini.