Daftar ternakan elak penyakit berjangkit

Iklan
Ibrahim Bakri (kanan) menyampaikan hadiah kepada wakil Hospital Machang yang dinobatkan johan pertandingan gerai tercantik pada Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Jajahan Machang.

MACHANG - Program pendaftaran tanda pengenalan haiwan bakal diperkenalkan bagi memudahkan penternak dan memastikan haiwan tersebut bebas penyakit.

Ketua Jajahan Machang, Ibrahim Bakri Mat Deris berkata, program itu dapat mengawal penyakit berjangkit zoonotik yang berlaku di dalam populasi haiwan secara efisien selain menangani pertikaian hak milik ternakan terbabit.

Iklan
Iklan

"Tanda pengenalan ini melibatkan semua haiwan ternakan termasuk lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Labok dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Jajahan Machang di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

Beliau menjelaskan, pihaknya melalui penghulu akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar bagi menjayakan program yang akan berlangsung secara berperingkat.

Iklan
Iklan