Dokumentasi wasiat, pengurusan harta guna platform online

Iklan
Md Affendi (kanan) dan Ghazali (kiri) mengiringi Saifuddin Nasution ketika melancarkan Pesanku.com di salah sebuah hotel, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Anak syarikat Kumpulan Raffcomm Sdn Bhd, Wasiyyah Dot Com hari ini melancarkan platform dokumentasi wasiat, hibah dan harta sepencarian secara atas talian yang dikenali sebagai Pesanku.com.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md Affendi Hamdan berkata, aplikasi itu diwujudkan untuk memudahkan pengguna mendokumentasikan wasiat, hibah dan harta sepencarian tanpa had masa selain mudah, mesra pengguna, murah dan diyakini menerusi laman web www.pesanku.my.

Iklan
Iklan

"Idea memperkenalkan Pesanku bermula daripada kesedaran tentang pentingnya platform atas talian bagi memudahkan masyarakat di negara ini dalam pengurusan harta dan wasiat.

"Pengurusan harta dan wasiat merupakan antara isu utama yang membelenggu umat Islam di negara ini mahupun di seluruh dunia," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Raffcomm Group dan Majlis Pelancaran Pesanku.com, di sini hari ini.

Iklan

Pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam majlis sama, turut diumumkan ikon Pesanku.com, Ghazali Ibrahim yang merupakan pakar pengurusan pusaka dan beliau merupakan individu yang mencetuskan idea Pesanku.

Iklan

Katanya lagi, mengikut rekod Jabatan Ketua Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembangunan Pusaka (BPP) pada tahun 2016, mendapati kira-kira RM60 bilion jumlah harta yang tidak dituntut waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Nilai yang besar ini amat membimbangkan kerana harta yang dibekukan ini boleh memberi implikasi kepada ekonomi, perundangan dan institusi keluarga," katanya.

Menurut Md Affendi lagi, kurang kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dokumentasi wasiat, hibah dan harta sepencarian juga merupakan faktor utama pembekuan aset umat Islam.

"Platform ini juga diharap menjadi antara penyelesaian terbaik masalah berkaitan pengurusan harta dan wasiat," katanya.

Tambahnya lagi, platform atas talian yang mula diperkenal sejak sebulan lalu itu kini telah merekodkan lebih 300 individu yang melayari laman sesawang itu.