Mufti puji tindakan Syed Saddiq

Iklan
Status Facebook DR MAZA

KUALA LUMPUR - Keberanian Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakan sayap parti itu mendesak peletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dipuji ramai pihak.

Meskipun bekas Naib Pengerusi DAP, P Ramasamy menempelak tindakan Syed Saddiq namun Ahli Parlimen Muar itu tidak gentar malah menegaskan tidak akan meminta maaf kerana beliau hanya menyuarakan buah fikirannya.

Iklan
Iklan

Keberanian pemimpin muda ini turut dipuji Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkongsikan kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu di laman Facebook beliau, disertai komen ringkas namun penuh makna.

"Ada ‘class’,” tulis beliau sekaligus menggambarkan penghargaan terhadap tindakan berani Syed Saddiq mempertahankan tindakannya meskipun disanggah Ramasamy.

Iklan

Ternyata status itu mendapat perhatian netizens kerana tidak sampai dua jam ia dimuat naik, jumlah ‘likes’ hampir mencecah 5,000 dan komen pula hampir 400.

Baru-baru ini, Syed Saddiq memberikan amaran dengan mengatakan"Jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini”, ditujukan kepada Ramasamy.

Iklan

Menurutnya, beliau tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan buah fikirannya apatah lagi memekakkan telinga terhadap suara rakyat.

"Saya tidak masuk politik untuk 'play safe'. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut.

"Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut bagi menjawab kenyataan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu yang membidas tuntutan Armada sebelum ini supaya Waytha Moorthy meletakkan jawatan.

Menurut Ramasamy, desakan itu menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik Waytha Moorthy dan tindakan perlu diambil ke atas Syed Saddiq.