Budak dua tahun dibaham buaya peliharaan keluarga

Iklan
Dua ekor buaya tersebut 'berebut' membaham tubuh mangsa. Gambar kecil: Rom Roath Neary

PHNOM PENH - Seorang kanak-kanak perempuan maut dibaham buaya selepas ia terjatuh ke dalam kandang reptilia itu dalam kejadian mengerikan di Kemboja.

Rom Roath Neary, 2, dipercayai memanjat pagar di kandang buaya milik keluarganya di Siem Reap pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

Bapanya turut memanjat sendiri kandang tersebut untuk menyelamatkan anaknya, namun hanya menjumpai tengkorak mangsa.

Jurucakap polis, Och Sophen berkata, ibu mangsa tidak sedar tentang kehilangan Rom kerana dia sibuk menjaga bayinya yang baru lahir. Perkara itu hanya disedari suaminya yang pulang ke rumah tidak lama kemudian.

Iklan

Dia terkejut selepas mendapati anaknya menjadi 'makanan' buaya peliharaannya.

"Mangsa memanjat halangan pada pagar yang dibina di kandang buaya tersebut. Kami telah melancarkan siasatan dan turut memberi amaran kepada semua keluarga yang ada kandang buaya supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka," tegasnya.

Iklan

Rakaman video yang sempat diambil saksi ketika bapa Rom memasuki kandang itu turut dikongsi di Facebook dan platform perkongsian video. - Agensi