Jambatan angkat: Bomba latih pasukan khas hadapi kecemasan

Iklan
Menara di drawbridge menempatkan restoran, galeri dan anjung tinjau. (Gambar kecil: Mohamad Shoki).

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan melatih semula pasukan khasnya untuk berdepan dengan situasi kecemasan di jambatan angkat atau ‘drawbidge’.

Pengarahnya, Mohamad Shoki Hamzah berkata, latihan pendedahan itu perlu bagi memberi pendedahan kepada anggotanya akan bahaya-bahaya yang wujud sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di jambatan ikonik itu.

Iklan
Iklan

"Selain daripada anggota biasa, kita mempunyai pasukan Unit Khas Operasi dan Menyelamat Malaysia (STORM) bagi operasi menyelamat berskala besar atau di altitud tinggi.

"Memandangkan jambatan angkat ini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada orang tempatan, tetapi juga orang luar, kita ambil tumpuan serius dalam memastikan aspek keselamatan di tahap tertinggi.

Iklan

"Oleh sebab itu pasukan ini mungkin dilatih semula, bagi menghadapi kemungkinan bahaya atau kecemasan di jambatan itu memandangkan ia turut menempatkan restoran dan anjung tinjau,” katanya.

Mohamad Shoki menyampaikan duit raya kepada tetamu yang hadir.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Mesra Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat JBPM Terengganu di Dataran Syahbandar di sini malam tadi.

Iklan

Mengulas lanjut, Shoki berkata pihaknya kini berurusan dengan beberapa pihak, sebagai sokongan untuk kelulusan operasi jambatan angkat itu.

"Jabatan yang terlibat merupakan antara jabatan yang penting apabila dibuka kelak, antaranya restoran yang tidak dibenarkan ada aktiviti memasak di atas (menara). Jadi, makanan yang telah dimasak akan dibawa untuk dihidangkan di atas.

"Kami telah membuat tinjauan awal dan mendapati ada tempat perhimpunan di atas menara yang dilengkapi dengan tangga kecemasan.

"Pihak kami telah berbincang dengan kerajaan negeri, sebelum dibuka kepada umum, akan dibuat pra rancang keselamatan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan pada bangunan tersebut,” katanya.

Tambahnya, JBPM Terengganu turut dilengkapi dengan jentera khas untuk digunakan di tempat tinggi seperti Aerial Ladder Platform (ALP) bagi tujuan kerja penyelamatan mangsa yang terperangkap di bangunan-bangunan tinggi.