Maut dihempap batu kuari: Majikan dikenakan empat notis

Iklan
Ir Zamzurin (kanan) meninjau lokasi kejadian yang mengorbankan seorang pemandu jengkaut, semalam.

IPOH - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak mengeluarkan empat notis terhadap pemilik kuari setelah seorang pekerjanya maut akibat dihempap bongkah batu dalam kejadian di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini semalam.

Pengarahnya, Ir Zamzurin Maarof berkata, siasatan mendapati majikan gagal mematuhi prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko untuk kerja-kerja pemecahan, pengalihan dan pemindahan batu dari tapak kuari.

Iklan
Iklan

"Satu notis larangan dan tiga notis perbaikan telah dikeluarkan serta tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pegawai JKKP Perak melawat tapak kuari dan menjalankan siasatan susulan kejadian pemandu jengkaut maut dihempap bongkah batu.

"Majikan perlu bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, majikan juga perlu melakukan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

"Jika majikan laksanakan HIRARC, kejadian seumpama ini boleh dielakkan selain dapatkan mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja,” katanya.

Iklan
Siasatan JKKP mendapati majikan gagal mematuhi prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Loi Thiam Fatt,56, maut selepas jengkaut yang dikendalikan dihempap bongkah batu dianggarkan seberat 30 tan ketika melakukan kerja-kerja mengalihkan batu kuari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu jengkaut maut dihempap batu kuari