BENTONG - Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di Jalan Bentong - Karak di Kampung Chegar Medang pagi tadi.
Mangsa, Lai Kim Yang, 32, dari Taman Bentong Makmur meninggal dunia di dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi
Iklan
Iklan
Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Pegawai Bomba Kanan II Haznan Basir berkata, enam anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 7.01 pagi.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan kira-kira jam 7 pagi. FOTO - IHSAN BOMBA
Iklan
"Sebaik saja sampai tujuh minit kemudian, kita melihat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai terbabas lalu melanggar tunggul kayu.
Iklan
"Kerja mengeluarkan mangsa dijalankan anggota sebelum menyerahkan mangsa kepada polis untuk siasatan selanjutnya dan operasi berakhir jam 7.50 pagi," katanya.