Hindari serangan asma

Iklan
HINDARI 'pencetus' bagi mengelak serangan asma.

ASMA merupakan antara penyakit yang tidak boleh dipandang enteng. Ia menyerang saluran udara dalam sistem pernafasan.

Asma turut dipanggil sebagai lelah, semput dan penat.

Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu dipanggil hiperresponsif yang menyebabkan keradangan.

HINDARI 'pencetus' bagi mengelak serangan asma.

Iklan
Iklan

Cara untuk mengetahui anda menghidap asma apabila:

- Episod batuk yang berulang.

Iklan

- Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.

- Keturunan anda menghidap asma atau alahan.

Iklan

- Anda mengalami gejala terdedah kepada perengsa atau keadaan tertentu.

Menghindari serangan asma:

1. Asap

- Berhenti merokok

- Jangan benarkan orang lain merokok di sekeliling anda.

- Elak menggunakan bahan kimia yang berbau kuat.

- Elak tempat berlakunya pembakaran terbuka.



2. Alahan
- Pastikan haiwan peliharaan diletak di luar rumah

- Hama gunakan penutup kalis habuk untuk bantal dan tilam, keluarkan permaidani dari rumah atau vakum secara berkala.
3. Ubat
- Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif.



4. Senaman

- Dapatkan nasihat doktor sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti sukan yang berat.

- Anda perlu melakukan aktiviti fizikal ia baik untuk pesakit asma. Kawal asma dengan lebih baik untuk membolehkan anda melakukan aktiviti harian.



5. Tekanan

- Lakukan senaman bagi mengurangkan tekanan. Dapatkan rehat secukupnya.

Sumber: MyHealth