Mayat penumpang terjatuh feri ditemukan

Iklan
Mayat mangsa dijumpai sekumpulan nelayan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk pengecaman.

GEORGETOWN - Mayat penumpang yang terjatuh ketika menaiki feri dari Butterworth ke Pangkalan Sultan Abdul Halim ditemukan oleh sekumpulan nelayan di sini tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihak berkuasa mendapat maklumat awal dari nelayan mengenai penemuan mayat di Persiaran Gurney pada jam 10.40 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat kemudiannya dibawa ke jeti nelayan berdekatan Meriam Timbul (Floating Cannon Shrine) untuk pengesahan.

"Mayat ini ditemukan pada 4.8 kilometer dari tempat mangsa terjatuh. Pengecaman awal mendapati, mayat ini disahkan sebagai Tham Kok Keong berusia 47 tahun dari Air Itam di sini.

Iklan
Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Pengecaman ini dibuat daripada kad pengenalan mangsa yang dijumpai dalam kereta yang ditinggalkan dalam Feri Pulau Kapas. Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kereta jenis Honda City berkenaan kepunyaan saudara mangsa.

Iklan

"Siasatan awal mendapati, mangsa meminjam kereta saudaranya iaitu Lye Ah Yin@ Lye Foong Yin, 73 tahun yang berasal dari Permatang Pauh. Dari keterangan keluarganya, mereka mengesahkan mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam.

"Mangsa seorang duda dan mempunyai dua orang anak. Dia bekerja sebagai pengurus ejen logistik di kawasan pulau. Siasatan mendapati, tiada unsur jenayah dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana membunuh diri," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Semalam, seorang penumpang dikhuatiri hilang selepas terjatuh ketika menaiki feri dari Butterworth ke Pangkalan Sultan Abdul Halim pada jam 6.15 petang.

Polis Bantuan Prasarana Feri menerima maklumat awal dari seorang saksi dari feri lain yang ternampak mangsa terjatuh dari feri yang dinaiki.

Pemeriksaan oleh pegawai operasi dalam feri berkenaan mendapati sebuah kereta jenis Honda City ditinggalkan tanpa pemandu.

Gerakan mencari mangsa dijalankan sejak jam 8 pagi ini melibatkan polis, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang dikhuatiri hilang selepas terjatuh feri