Suka ludah merata-rata? Awas ya!

Iklan
DBKL mengeluarkan kompaun kepada orang awam yang didapati meludah dan membuang sampah di tempat awam ketika Operasi Tindakan Khas Anti Kotor dilaksana di Jalan Silang di sini Ahad lalu. FOTO - FACEBOOK DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR - Warga kota yang meludah dan membuang sampah merata-rata di kawasan awam berdepan tindakan undang-undang sekiranya dicekup penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 521 notis kompaun berhubung kesalahan itu dikeluarkan sejak Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh didenda tidak lebih RM500 atau RM2,000 di bawah Seksyen 47 - Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK 3 - Undang Undang Kecil Larangan Meludah (WPKL) 2017.

"Justeru, orang awam dinasihatkan menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah walaupun hanya bersaiz kecil bagi memastikan imej Kuala Lumpur dalam keadaan terbaik,” katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, DBKL memaklumkan beberapa warga kota dikompaun anggota penguat kuasa kerana membuang sampah dan meludah di tempat awam ketika Operasi Tindakan Khas Anti Kotor dilaksana di sekitar Jalan Silang di sini Ahad lalu.